Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Friday 18 March 2011

Kebarangkalian keputusan = 25%

Dalam pada saya sedang membaca di makmal hari ini, seperti biasa datang seorang pensyarah berbangsa Scottish mengambil bahan yang dicetaknya di dalam makmal ini. Terdengar suaranya yang lantang bertanya dengan pelajar dibawah seliaannya, Irf, "Imr will be having his viva on 11th of March". Lantas Irf membalas, "How about Muhammad?". Sebenarnya beliau merupakan pemeriksa dalaman untuk Muhammad. Beliau ini dikenali dengan sikap 'strict' dan ramai tidak mudah lepas dengan beliau. Oleh itu, majoriti rakan-rakan di makmal cuba elakkan dari beliau menjadi pemeriksa semasa viva. Walaubagaimanapun, keputusan tersebut bukan di tangan pelajar. Semuanya terletak kepada keputusan 'department' dan mesyuarat panel.

Dalam pada beliau menjawab persoalan Irf tentang Muhammad, terdapat penerangan dan kata-kata nasihat dari beliau tentang Phd, terutama viva. Memandangkan suasana di makmal ini amat sunyi, manakala suara beliau pula agak lantang, membolehkan saya mendengar penerangan beliau dengan jelas. Menurut beliau, pelajar Phd ini terdiri daripada dua kategori:
1) Kategori pertama ialah mereka yang membuat kajian selama 4 tahun dan akan menulis hasil kajian yang mereka telah lakukan dalam bentuk tesis.
2) Kategori kedua ialah mereka yang mebuat kajian dan hanya menunggu tempoh 4 tahun berlalu. Genap 4 tahun, mereka menghantar tesis.

Beliau memberitahu bahawa pelajar-pelajar di bawah kategori kedua selalunya akan menghadapi kesukaran berhadapan dengan viva. Ini merupakan pandangan beliau setelah beberapa kali menjadi penilai dalaman untuk sesi viva.

Seterusnya, beliau menambah lagi, peratusan kelulusan den kegagalan viva ini adalah cuma 25 peratus. Kenapa 25%?

Ini kerana seseorang pelajar yang telah menjalani sesi viva hanya akan menerima salah satu daripada keputusan di bawah:

1) Berjaya dengan 'minor correction' - biasanaya diberi tempoh selama sebulan hingga 3 bulan dan pembetulan hanya perlu disemak oleh pemeriksa dalaman.

2) Berjaya dengan 'correction' selama 6 bulan - biasanya tesis dan pembetulan yang dibuat perlu disemak oleh pemeriksa luar.

3) 'Major correction' - Pembetulan selama setahun dan perlu resubmit tesis dan reviva. Keputusan viva akan diketahui selepas tesis baru disemak semula.

4) Menyatakan pelajar hanya layak di anugerah Mphil.

Oleh kerana terdapat 4 kebarangkalian di dalam keputusan viva ini, maka beliau menyatakan bahawa 25 peratus sahaja peluang bagi pelajar untuk mendapat salah satu dari keputusan yang disebut di atas.

Memang benar apa yang beliau nyatakan. Sepanjang saya berada di sini, keputusan-keputusan yang dinyatakan di atas sememangnya pernah didengari dari rakan-rakan selepas menjalani sesi viva. Keputusan petama selalunya memerlukan pembetulan dari 'structure' tesis. Keputusan kedua selalunya perlu sedikit penambahan data. Keputusan ketiga selalunya perlukan pelajar menambah lebih banya data dan maklumat ke dalam tesis.

Walaubagaimanapun, apa jua bentuk keputusan yang bakal kita terima, semuanya adalah ketentuan Allah. Hanya Allah yang tahu sesuatu yang TERBAIK buat hambanya. Phd bukan kayu pengukur kepada bijak atau pandainya seseorang. Terlalu banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada keputusan Phd ini. Ada faktor-faktor terkawal dan juga di luar kawalan. Jika ada peluang, insyaAllah saya akan bincangkan kemudian.

Akhir kata, saya doakan moga rakan-rakan yang bakal menduduki viva berjaya. Persediaan mental dan fizikal amat penting bagi mengetahui apa jua keputusan yang bakal diterima. InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusan penulisan tesis dan sesi viva kita semua. Mudah-mudahan kita mendapat panel pemeriksa yang baik dan murah hati. Jangan lupa, selalu tawakkal tu a'lallah...

Wassalam...